Categories
Berita Business Ekonomi Kesihatan

AIRASIA DITAWAR RM4.1 BILION DENGAN SYARAT SERAH DATA PELANGGAN

Wabak pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang besar kepada persekitaran ekonomi dunia terutamanya dalam bidang industri pelancongan.
Rata-rata yang berada dalam industri ini berdepan risiko sama ada terpaksa menutup perniagaan akibat tidak mampu menjana pendapatan atau pun berdepan kerugian besar termasuklah AirAsia.
CEO AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mendedahkan ada syarikat luar negara sanggup menawarkan bantuan pinjaman kewangan sehingga RM4.1 bilion dengan syarat menyerahkan aset digital mereka iaitu data perlanggan.
Namun tawaran tersebut ditolak Tony Fernandes yang mahu menjaga privasi data peribadi pelanggan AirAsia.
Terdahulunya, AirAsia terpaksa melepaskan ribuan pekerja mereka sebagai usaha membendung kos operasi syarikat.
Sumber: Odisi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *