Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bermula 1 Oktober 2020, Akademi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman di forum ‘Coach Football Motion’, lapor Johor Southern Tigers dalam satu hantaran di facebook, semalam.
“Forum ini bertujuan untuk membantu latihan berterusan para jurulatih dalam dunia bola sepak bermula dari akar umbi hingga ke peringkat elit”,
“Kami maklum bahawa anda telah menjadi tempat rujukan di kalangan jurulatih-jurulatih utama dan kami ingin menjemput anda sebagai jurucakap” berdasarkan surat jemputan dari penganjur yang berpusat di Valencia.
“Merupakan satu penghormatan kepada kami untuk menjemput anda pada acara antarabangsa ini dan untuk anda tunjukkan ke seluruh dunia bola sepak mengenai tugasan hebat yang anda lakukan setiap hari.”
Antara kelab lain dan pasukan-pasukan kebangsaan yang turut serta termasuk PSG, Atletico Madrid, AS Roma, PSV, Valencia CF, River Plate, Olympique de Lyon, Brazil, Sepanyol, Argentina dan England.
PenggerakDaily