Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pertemuan tergempar antara pemimpin Korea Utara bersama barisan kepimpinan diadakan selepas seorang rakyatnya dipercayai telah dijangkiti COVID-19, menjadikan beliau pesakit pertama COVID-19 di negara berkenaan.
Ini adalah kes pertama yang diakui oleh kerajaan Korea Utara di mana mereka tidak merekodkan sebarang kes COVID-19 sebelum ini.
Individu berkenaan merupakan pelarian yang lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu dan kembali ke negara asal secara haram baru-baru ini.
Susulan itu, Korea Utara telah mengeluarkan arahan lockdown serta kawalan maksimum buat bandar Kaesong, bandar mana kes COVID-19 itu dikesan. Setiap orang yang pernah berhubung dengan individu berkenaan telah disaring bagi mengelakkan virus berkenaan tersebar ke bandar lain.
PenggerakDaily