Oleh: Editorial Penggerak Daily
Akhirnya Khalid Jamlus berjaya temui pembeli kasut emasnya yang dijual dengan nilai RM99,999.00.
Khalid menegaskan bahawa beliau sudah menemui kesepakatan dengan seorang individu untuk lelongan kasut emas yang dimenganinya pada 2002.
Menurut Khalid, “ini adalah penamatnya… dah ada orang membeli trofi Kasut Emas itu dengan harga RM99,999 dan beliau bersetuju dengan harga yang saya tetapkan.”
“Namun, saya tidak boleh mendedahkan identiti mengenai pembeli berkenaan. Lagi pun beliau masih berada di luar negara dan hanya mahu dikenali sebagai Tuah Nice.”
Khalid Jamlus sebelum ini sudah menyatakan hasratnya untuk melepaskan kasut emas miliknya kerana beliau memerlukan wang pada ketika ini.
Sebelum ini dikatakan ada pembeli menawarkan RM10,000 dan kemudian sekitar RM50,000. Namun, beliau pernah ditipu oleh individu lain dalam urusan tersebut.
PenggerakDaily