Oleh: Editorial Penggerak Daily
Gara-gara poyo dan ‘overconfident’, sebuah MINI JCW GP rosak selepas terbalik di belakang rumah Youtuber terkenal, lapor sebuah portal tempatan, semalam.
MINI tersebut merupakan milik seorang Youtuber terkenal, POG yang mempunyai koleksi kereta seperti Ferrari 812 Superfast, Lamborghini Aventador dan McLaren 675LT.
Semasa PKP dilaksanakan, beliau baru menerima sebuah MINI namun tidak boleh memandunya di jalan raya. Pog mengambil keputusan untuk menguji kereta baharu itu di sekeliling rumah beliau.
Namun Pog silap percaturan. Keghairahnya menguji MINI membuatkan kereta tersebut terbalik dengan keempat-empat tayar di atas.
Nasib beliau baik kerana tidak mengalami kecederaan. Namun, keretanya yang baru dipandu sejauh 38 kilometer pula rosak dan cerminnya pecah.
PenggerakDaily
Sumber dan kredit gambar: mekanika.com