Categories
Berita Hiburan

AKTOR VETERAN, ABU BAKAR MENINGGAL DUNIA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Aktor veteran, Abu Bakar Juah,  meninggal dunia di kediamannya di Alam Damai, Cheras jam 6.35 petang, semalam akibat kanser hati pada usia 72 tahun.

Pelakon Matinya Seorang Patriot sebelum ini dilaporkan tenat selepas dibenar keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak lebih dua minggu lalu.

Abu Bakar disahkan menghidap kanser usus pada 2016. Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada kanser.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit kanser kembali menyerang, malah lebih agresif hingga merebak ke hati.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *