Oleh” Editorial Penggerak Daily
Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) pada PRN Sabah kali ini tertumpu kepada isu ekonomi, pembangunan dan infrastruktur kepada warga Sabah.
Perkara yang dikemukan merupakan isu kritikal lagi-lagi dalam keadaan dunia dilanda COVID-19.
Antara fokus pembangunan infrastruktur ialah mempercepatkan pembinaan lebuh raya Pan Borneo Sabah serta menaiktaraf capaian internet, salah satu isu panas yang membabitkan seorang pelajar dari Sabah, Veveonah.
Barisan Nasional (BN) Sabah berikrar akan menunaikan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ditawarkan kepada rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Aku Janji itu akan ditunaikan 100 peratus dalam tempoh pemerintahan sekiranya gabungan itu berjaya menubuhkan kerajaan selepas 26 September nanti.
PenggerakDaily