Oleh: Editorial Penggerak Daily
Susulan penerbitan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia Lockdown’ yang tular di media sosial, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) telah melakukan siasatan terhadap Al-Jazeera.
Siasatan awal mendapati syatikat berkenaan tidak mempunyai Lesen Pengeluar Filem dan tiada Surat Perakuan Penggambaran bagi dokumentari tersebut.
Justeru, FINAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap Al-Jazeera di bawah Seksyen 22(1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) kerana keluarkan filem dokumentari tanpa lessen yang sah dari FINAS.
PenggerakDaily