Categories
Berita Business Hiburan

ALIFF SYUKRI UGUT INSTAFAMOUS, ABUDI ALSAGOF

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Jutawan selebriti, Aliff Syukri dikatakan bengang dan mengugut seorang instafamous, Abudi Alsagof apabila instafamous berkenaan menaikkan ulasan kritik ketika bercuti di resort milik jutawan tersebut, Sugeh Hill Resort.

Abudi dikatakan mendedahkan pencutian bersama keluarga berdepan masalah apabila pusat peranginan atau resort milik usahawan kosmetik sensasi Dato Aliff Syukri yang didiami mereka selama beberapa hari penuh dugaan.

Abudi juga mendakwa percutian di Sugeh Hill Resort amat memeritkan disamping menerima layanan yang kurang memuaskan biarpun bayaranyang dikenakan seakan tidak setimpal dengan apa yang diberikan.

Lantaran itu, Aliff Syukri telah menghantar pesanan yang berbunyi “Delete posting awak atau saya akan ambil tindakan” kepada instafamous tersebut.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *