Oleh: Editorial Penggerak Daily
Tegas seperti dalam Mohabbatein, Amitabh Bachchan juga tegas melawan COVID-19 apabila berjaya melawan virus tersebut selepas tiga minggu menjalani rawatan di Hospital Nanavati.
“Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantin”, kata pelakon Ajoba itu dalam twitternya.
“Saya juga bersyukur kakitangan Hospital Nanavati menjaga rapi dan membolehkan saya menyaksikan (hidup) hari ini,” ciapnya.
Amitabh disahkan positif Covid-19 pada 12 Julai lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan.
PenggerakDaily