Categories
Berita

AMPANG SASAR DIISYTIHAR SEBAGAI BANDAR RAYA TAHUN DEPAN

Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandar raya menjelang tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut.

“Antara projek yang sedang kita laksanakan adalah untuk buat satu kolam renang, pusat kawalan dan kita alihkan beberapa tempat medan selera, diperkemaskan dan dibersihkan.

“Ini antara usaha yang kita jalankan untuk mengangkatnya sebagai majlis bandar raya, kita sasar 2021”,

Terdahulu, Zuraida berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah memenuhi syarat seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.

Ketika ini terdapat 14 bandar raya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Alor Star, Johor Bahru, Bandaraya Melaka, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Miri, Kuching Utara, Kuching Selatan, Balik Pulau dan Seberang Prai.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *