Oleh: Editorial Penggerak Daily
Jabatan Perhilitan negeri Johor telah berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang berkeliaran di Batu 7, Jalan Kota Tinggi – Mersing, Johor setelah menerima maklumat daripada orang ramai.
Anak gajah tersebut dipercayai tersesat dan terpisah daripada kawanannya. Pemeriksaan kesihatan mendapati anak gajah itu berada dalam keadaan sihat dan cergas.
Anak gajah tersebut kemudiaannya di hantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah, Pahang bagi tujuan pemulihan.
Jabatan Perhilitan mengucapkaan ribuan terima kasih kepada pemberi maklumat yang diberikan oleh orang awam. Sebarang maklumat aduan berkaitan kehidupan liar boleh disalurkan ke talian hotline Jabatan Perhilitan 1800-88-5151.
PenggerakDaily