Oleh: Editorial Penggerak Daily
Teknologi memudahkan. Tapi dengan sedikit kesilapan, boleh mengundang masalah berat. Namun, itulah harga yang perlu dibayar apabila menggunakan teknologi.
Dengan kemajuan teknologi komunikasi, semuanya mudah termasuk untuk dapatkan makanan. Misalnya dengan menggunakan aplikasi Food Panda, tekan-tekan kemudian tunggu, makanan pun sampai.
Di balik kemudahan itu, bencana besar boleh berlaku seperti yang diceritakan seorang netizen, Miya Azira. Beliau menceritakan mengenai anak saudaranya yang masih kecil memesan secara atas talian makanan menerusi aplikasi Foodpanda.
Namun, jumlah harga pesanannya bukan murah, tahap boleh beli mesin basuh ‘front door’ dengan pengering jenama Toshiba di Shopee.
Menurut Miya, “Anak sedara saya main handphone saya, then dia order foodpanda. Order dari restoran mahal. Nasib baik Foodpanda apps dalam phone buka auto order”,
“Kalau tak, RM 1800++ makanan sampai kat rumah, berderau jantung”.
PenggerakDaily