Categories
Alam Sekitar Berita Business Ekonomi Kesihatan pembangunan

ANGKARA COVID-19, KAPAL MEWAH JADI BESI BURUK

Tidak dinafikan wabak pandemik COVID-19 menyebabkan ekonomi dunia hampir lumpuh terutamanya yang melibatkan industri pelancongan.
Terbaharu, hanya disebabkan wabak COVID-19, industri pelancongan kapal mewah yang mempu menjana berjuta malah berbilion USD kini musnah dalam sekelip mata.
Menurut laporan Daily Mail, sebanyak 13 buah kapal persiaran mewah yang tersadai di sebuah pelabuhan di Turki telah dijual sebagai besi buruk dan selebihnya bakal menantikan nasib yang sama.
Industri kapal mewah ini yang tidak dibenarkan beroperasi sejak Mac lalu menyebabkan pihak pengurusan tidak dapat menjana pendapatan sebaliknya terpaksa menanggung kerugian.
Bahagian-bahagian dalam kapal bagaimanapun tidak akan dilupuskan sebaliknya dijual kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membeli.
Untuk pengetahuan anda, kerja penanggalan sebuah kapal boleh memakan masa sehingga enam bulan dengan penggunaan
tenaga kerja seramai 2,500 orang.
Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *