Oleh: Editorial Penggerak Daily
Gara-gara minta cerai, seorang perempuan ditetak suaminya hingga mengalami kecederaan di bahagian leher dan tangan dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang St Helier, Bahau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 7.40 pagi daripada seorang pembantu perubatan dari Klinik Ladang St Helier memberitahu bahawa seorang wanita yang berlumuran darah berada di dalam longkang di belakang rumahnya.
Sebelum ini dikatakan pasangan itu telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara Bahau untuk mendaftarkan perceraian mereka, dan apabila pulang ke rumah, mereka bertengkar.
Namun pertengkaran berakhir apabila wanita itu balik ke rumah ibunya di Taman Megah Mahsan, sebelum kembali semula ke rumah selepas anak-anak pulang dari sekolah.
Pasangan itu sekali lagi bertengkar dengan si suami yang berumur 39 tahun, yang menuduh isterinya berumur 36 tahun itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Lelaki itu kemudiannya mengambil sebilah parang pendek berhulu hitam yang ada di belakang rumah dan menetak isterinya di bahagian kiri lehe.
Menurutnya polis telah menahan suami wanita itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
PenggerakDaily