Tambahnya lagi, “Di samping itu, indeks harga pengguna Ogos (IHP) merosot lebih jauh daripada yang dijangkakan, memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) ruang yang mencukupi bagi memperkenalkan sebarang polisi. Jadi kemungkinan, ia akan memperkenalkan kadar pengurangan dan menjejaskan ringgit bagi jangka pendek,” katanya.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, IHP berkurangan sebanyak 1.4 peratus dari tahun ke tahun kepada 120.1 pada Ogos 2020 daripada 121.8 yang direkodkan oleh bulan yang sama tahun lepas.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan lebih rendah.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0411/0459 daripada 3.0293/0337 semalam dan susut berbanding pound British kepada 5.2872/2944 daripada 5.2836/2908.
Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.8628/8703 daripada 4.8497/8560 sebelum ini dan jatuh berbanding yen kepada 3.9539/9598 daripada 3.9514/9570.
Sumber: Bernama