Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bekas atlet Olimpik dan pemain bola sepak negara, V Krishnasamy meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang semalam selepas sekian lama menghidap diabetes.
Kematian Krishnasamy, atlet pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich disifatkan sebagai kehilangan besar bagi sukan bola sepak tanah air.
Susulan kehilangan besar negara ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga V Krishnasamy.
Dalam kenyataan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian legenda bola sepak kebangsaan itu yang pernah menyinari persada sukan tersebut pada era 70-an, serta berharap seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu.
Menurut hantaran itu, mendiang mewakili Malaysia sebagai pemain tengah dari 1970 hingga 1976 dan merupakan anggota skuad Olimpik 1972 di Munich.
Sumber: Sinar Harian