Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menggesa orang awam mengelak dari membeli dan mengguna 9 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Sembilan produk dan racun berjadual yang dikenalpasti seperti berikut;
- Deeja Cosmetic Laika Cream – (merkuri)
- Deeja Cosmetic Zulai Cream – (hydroquinone)
- Deeja Cosmestic Yus Cream – (hydroquinone)
- Dnars Luvee Cream (Normal & sensitif) – (hydroquinone)
- Dnars Gold Lifthing Serum (Night) – merkuri
- Sparkle Beauty Cream – (hydroquinone, tretinoin dan Betamethasone 17-velarate)
- Sparkle Sunday Cream – merkuri
- Qeziger Age-locking Recharging Spot A.M Cream – merkuri
- MS Skinz Night Cream – merkuri
Notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Dengan ini, produk kosmetik tersebut tidak dibenarkan dijual di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah menggesa penjual dan pengedar produk kosmetik terlibat untuk menghentikan serta merta aktiviti penjualan dan pengedaran.
Penjualan dan pengedaran produk yang terlibat melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.
PenggerakDaily