Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ramai teruja melihat rekabentuk Proton X50. Malangnya dalam keterujaan tersebut, ada pihak yang menyebarkan berita palsu.
Jika anda ada menerima imej X50 dengan tanda harga seperti di atas, hentikanlah dari menyebarnya kerana Proton sendiri telah menyatakan bahawa ia adalah palsu.
Walaupun perincian spesifikasi Proton X50 telah diumumkan selasa lalu, namun harganya belum muktamad kerana Proton X50 belum dilancarkan secara rasmi.
Proton X50 akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Namun ketika pendedahan pada tempoh harim hanya varian paling tinggi, Flagship yang ditunjukkan.
Semua varian X50 diberikan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo, tetapi tiga versi paling rendah hadir dengan sistem suntikan bahan api pelbagai-titik (MPI), manakala varian Flagship menerima sistem suntikan bahan api terus (GDI).
PenggerakDaily