Oleh: Editorial Penggerak Daily
Berhubung aduan orang ramai mengenai kenaikan harga ayam di pasar basah, KPDNHEP telah melaksanakan pemeriksaan rantaian pembekal bagi mengenalpasti punca kenaikan harga dan aktiviti pencatutan.
Aktiviti pencatutan yang terkandung di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 353 premis telah diperiksa yang terdiri dari 280 peruncit, 50 pemborong dan 23 penternak ayam.
Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 310 premis telah dikemukan notis di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 bagi mendapatkan perincian maklumat bagi tujuan siasatan di bawah pencatutan.
PenggerakDaily