Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bapa kepada penyair, Fynn Jamal disahkan positif COVID-19, lapor Fynn melalui laman instagramnya.
“Untuk sesiapa yang mengenali abah, Haji Jamaluddin Abdul Hamid, dengan rendah hati aku ingin meminta sedikit doa untuk beliau yang baru saja disahkan positif COVID-19”,
Dimaklumkan, bapa Fynn merupakan jemaah masjid di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
Susulan itu, Pengerusi Masjid Al-Mutaqqin, Taman Kota Jaya, Haji Sakarti Kandari memaklumkan Masjid Al-Mutaqin, Taman Kota Jaya ditutup sepenuhnya dan semua aktiviti ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.
“Diatas segala kesulitan saya mewakili Seluruh Pentadbiran J/Kuasa memohon ampun dan maaf, sambil kita berdoa kpd Allah agar kita semua terhindar dari Penyakit COVID-19”, maklumnya lagi melalui satu pengumuman bertulis.
PenggerakDaily