Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) BERSATU Malaysia sementara ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti itu.
Sebelum ini, kedua-dua ahli parlimen ini telah mengumumkan menyertai Parti BERSATU pada 22 Ogos lepas.
Menurut Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Yusof turut dilantik sebagai ahli MPT.
Turur diberi kepercayaan oleh Muhyiddin untuk menggalas tugas sama adalah ahli Parlimen Mersing Abdul Latiff Ahmad, bekas exco Selangor Abdul Rashid Asari dan Dr Muhammad Faiz Na’man.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dikekalkan kedudukannya dalam parti sebagai setiausaha agung, manakala Mohamed Salleh Bajuri pula dilantik sebagai bendahari dan Wan Saiful Wan Jan ketua penerangan PPBM.
PenggerakDaily