Categories
Berita Hiburan seni

AZZAM SHAM JUARA BIG STAGE MUSIM 3

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Azzam Sham atau Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham diangkat sebagai Juara Big Stage musim ke-3 malam ini manakala Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau dikenali sebagai Usop di tempat kedua.

Azzam berjaya memikat hati juri melalui lagu Bidadari Syurgamu (Siti Nurhaliza) dan Grenade (Bruno Mars) melayakkan beliau memenangi RM100,000.

Big Stage merupakan pertandingan nyanyian yang melibatkan 12 bintang ‘Budak Baru Nak Up” (BBNU) yang terdiri daripada 8 bintang lelaki dan 4 bintang wanita.

Pada musim ke-3 ini, tiga pemuzik tanah air, Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah telah dilantik sebagai juri tetap sementara seorang juri jemputan akan diundang khas bergilir setiap minggu bagi mengadili persembahan tersebut.

PenggerakDaily

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *