Sedar akan penyanyi nasyid yang terkesan akibat pandemik, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuka peluang kepada mereka untuk menjadi Bilal Rawatib di masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cadangan itu akhirnya memberi khabar gembira buat mereka.
Buat permulaan, seramai 30 permohonan diberikan oleh Pengerusi Biro Dakwah & Tarbiah Munsyid Malaysia, Hazamin Harun kepada Menteri Hal Ehwal Agama untuk diproses.
Hazamin berkata, beliau secara peribadi melihat peluang yang diberikan menunjukkan keprihatinan beliau terhadap penyanyi nasyid.
Berita baik ini membuka lembaran baru kepada penyanyi nasyid bagi menampung kelangsungan hidup.
PenggerakDaily