Oleh: Ahmad Roi
Hari ini kita sambut Hari Kesihatan Mental Sedunia. Dalam banyak-banyak kesihatan mental, depresi antara yang popular. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan menunjukkan hampir 500 ribu orang Malaysia mengalami depresi. Dahsyat!
Istilah depresi pertama kali digunakan oleh seorang psikitris, Adolf Meyer pada 1905. Adolf menggambarkan depresi merupakan suatu penyakit jiwa dengan gejala utamanya, kesedihan.
Bagi Adolf, depresi merupakan gangguan yang sering terjadi di tengah masyarakat, khususnya di bandar. Bermula dengan stress yang tak terkawal berubah menjadi depresi. Penyakit ini kerap diabaikan kerana dianggap selesai terubat dengan waktu.
Depresi ini bahaya, mengundang banyak kesan – pesimis dengan masa depan, tidak berkeyakinan diri, susah nak menyatakan pendapat, mudah sedih dan menangis, tidak bertenaga, mudah gelisah, cemas dan segala macam lagi. Dan, paling bahaya pesakit depresi cenderung untuk bunuh diri.
Depresi ini ada macam-macam jenis. Depresi Psikogenik merupakan depresi yang disebabkan sesuatu kejadian yang membuatkan seseorang sedih sampailah menanggung depresi.
Depresi Edogenik pula disebabkan perubahan ketidakmampuan fizikal yang memberi kesan kepada mental. Biasanya terjadi pada mereka yang lanjut usia dan kesihatan yang semakin berkurang.
PenggerakDaily