Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah bakal disatukan sebagai isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar malam ini.
Berita ini sekali gus melenyapkan spekulasi tarikh pernikahannya dalam kalangan lebih 6.7 pengikutnya di Instagram.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir Astar akan melangsungkan pernikahan mereka di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, di sini malam ini.
Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu memilih Wan Emir Astar, seorang arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.
Berdasarkan perancangan awal, Mira dan Wan Emir Astar sepatutnya melangsungkan pernikahan pada bulan Oktober, namun hasrat itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke Malaysia untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.
“Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, saya dan Emir sepatutnya disatukan Oktober ini, tapi disebabkan kakak saya tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan.
“Adik bongsu saya juga terpaksa menunda sedikit tarikh pernikahan supaya kakak boleh menyaksikan perkahwinan kami berdua,” katanya seperti dilaporkan
Sumber: Awani