Oleh: Editorial Penggerak Daily
Isteri kepada pelawak Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey mengusahakan gerai cempedak goreng tepi jalan bagi mengumpul duit untuk membuka sebuah kedai makan.
Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, hasrat membuka kedai makan yang menyediakan makanan panas itu pernah disuarakan Allahyarham suaminya semasa masih hidup.
“Arwah memang merancang hendak membuka sebuah kedai makan tapi hasratnya tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu menemui Ilahi.
Menurut Siti Nurhidayah, dia yang berniaga cempedak di sebuah gerai di Pekan Sabak di sini sejak awal bulan lalu disebabkan ingin menyara anak sulungnya itu yang berusia setahun.
“Masa mula berniaga dulu timbul juga perasaan malu, tapi semua itu saya ketepikan kerana saya mencari rezeki halal untuk membesarkan anak kami. Malah saya tidak menghiraukan apa jua tanggapan masyarakat,” katanya.
Mengulas tentang perniagaannya, dia berkata istimewanya cempedak ini ialah adunan tepung yang kami hasilkan ini mempunyai rasa yang rangup dan sedap dimakan selain isi cempedak madu yang manis.
Sumber: Sinar Harian