Varosha, bandar yang terletak di Cyprus merupakan sebuah bandar misteri yang menghimpunkan kereta ‘new old stocks’ (NOS).
Bandar ini pada awalnya merupakan sebuah bandar perancangan moden. Namun pada 1974, peristiwa pencerobohan tentera Turki menyebabkan penduduk bandar ini melarikan diri.
Selepas gencatan senjata dan PBB mengambil alih bandar ini, Varosha menjadi kawasan larangan, sepi dan tidak berpenghuni sehingga kini.
Banyak bangunan yang terabai dan antara salah satunya adalah pusat pameran Toyota dimana di sini menempatkan banyak kereta seperti Corolla dan Celica baru!
Akhirnya, bandar tidak berpenghuni ini hanya menempatkan bangunan dan kereta lama yang tidak terjual.
Sumber: Motorsport Malaysia