Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dalam situasi sukar berhadapan dengan wabak pandemic COVID-19, rakyat tak boleh menunggu bantuan sehingga parlimen bersidang, jelas Muhyiddin Yassin (Pagoh) menjawab soalan dari Anwar Ibrahim (Port Dickson) mengenai peruntukan PRIHATIN yang tidak dibahas terlebih dahulu di parlimen.
“Kita sedia maklum, wabak COVID-19 yang melanda secara global menyebabkan semua golongan berhadapan situasi sukar”,
“Malahan, kerajaan tidak mempunyai pilihan dan tindakan segera perlu diambil, pelbagai inisiatif perlu segera dilaksanakan kerana diluar sana rakyat menunggu dan menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan rakyatnya terbela”.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos 2020 berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
Ia termasuk pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan dan penggunaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter antara tempat duduk ahli Parlimen semasa persidangan berlangsung seperti yang diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
PenggerakDaily
Kredit gambar: The Star