Categories
Berita

BAPA DIDAKWA LAKUKAN SUMBANG MAHRAM TERHADAP DUA ANAK KANDUNG

KULIM: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen Kulim hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya berusia 14 dan 19 tahun sejak April hingga September tahun ini.
Tertuduh yang berusia 58 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Ruzaimah Mohd Ridzuan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di sini, antara jam 2.30 pagi 15 April 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan perbuatan terhadap mangsa berusia 19 tahun pada jam 5 pagi 15 September di alamat yang sama.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh yang bekerja sebagai petani itu didakwa mengikut Seksyen 376a Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376b(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun bagi setiap pertuduhan dan sebatan.
Terdahulu, Hakim, Ruzaimah Mohd Ridzuan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana pertuduhan tersebut merupakan kesalahan serius. Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Fieza Fazlin Fandi tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan terhadapnya. Hakim menetapkan 26 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
SUMBER : ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *