Categories
Berita Sukan

‘BARE BAIK’ MICHEAL JORDAN DILELONG RM2.5 JUTA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Sepasang Air Jordan 1 High yang pernah dipakai bekas bintang bola keranjang,  Micheal Jordan ketika perlawanan pertunjukan di Itali pada 1985 dijual pada harga AS$615,000 (kira-kira RM2.5 juta) pada satu acara kelolaan rumah lelong terkemuka, Christie’s.

Harga itu sekali gus mengatasi rekod sepasang sneaker yang pernah dimiliki seorang lagi legenda dalam sukan sama, beberapa bulan lalu.

Meskipun ia memecah sejarah sebagai kasut sukan termahal pernah dilelong, harga belian itu di bawah jangkaan rumah lelong berkenaan.

Ia dijangka dapat dijual pada harga antara $650,000 (kira-kira RM2.7 juta) dan AS$850,000 (RM3.56 juta).

Sumber: Metro Online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *