Oleh: Editorial Penggerak Daily
Segelintir netizen Indonesia sudah bengang dengan agensi berita China, Xinhua kerana mendakwa batik sebagai seni tradisional China.
Pada 12 Julai lalu, Xinhua telah melaporkan batik sebagai satu seni biasa dalam kalangan kumpulan etnik minoriti di Guizhou dan Yunan serta telah berkembang pada era moden.
Tweet tersebut turut disertakan klip video berdurasi 49 saat itu juga menunjukkan cara pemprosesan batik.
Penyelidik Hal Ehwal Indonesia-China, Agni Malagina menyangkal dakwaan tersebut.
“Batik adalah istilah khas untuk Indonesia dan tiada perkataan atau sebutan batik dalam dialek Cina”,
“Selain itu, canting itu sendiri ialah alat khas dari Indonesia”,
“Corak yang dihasilkan membawa maksud tertentu dan dipakai ketika acara khas termasuk perkahwinan”.
PenggerakDaily