Categories
Berita Business Ekonomi Kesihatan

BEBERAPA DASAR BAHARU SEKIRANYA GELOMBANG KEDUA MELANDA – GABEBOR BANK NEGARA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berpendapat, pengenalan beberapa dasar baharu sebagai tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi se­­dia ada masih boleh dilakukan sekiranya ge­lombang kedua me­landa negara.

Katanya, ketidaktentuan disebabkan pandemik Covid-19 itu masih menyelubungi global sekali gus telah menyebabkan kemelesetan ekonomi secara menyeluruh.

Beliau berkata, langkah kerajaan membuka semula ekonomi secara berperingkat sejak awal Mei lalu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat, penguatkuasaan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dipertingkatkan telah berjaya memastikan wabak itu dikawal.

“Langkah pencegahan membantu membendung penularan dan mengurangkan jumlah kes di samping tiada lagi keperluan memperkenalkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang kemungkinan boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi.

“Masih ada ruang untuk tambahan dasar baharu seperti melebarkan polisi institusi kewangan melangkaui mandat supaya ekonomi negara mampu berdaya tahan dalam ke­adaan mencabar ketika ini,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *