Categories
Berita Budaya Jenayah

BEKAS KETUA PENGARAH MEIO DITUDUH PECAH AMANAH, BELI JAM TANGAN BERNILAI RM59.4 JUTA

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid, dituduh pecah amanah jenayah melibatkan wang sebanyak RM59.4 juta (AS$12.1 juta) duit kerajaan ketika memegang jawatan sebagai ketua pengarah 8 tahun lepas.
Hasanah semasa memegang jawatan itu telah membeli jam tangan mewah menilai kira-kira RM59.4 juta menggunakan duit negara.
Pendakwa Raya dalam kenyataan pembukaannya hari ini berkata, tertuduh telah membeli enam buah jam tangan mewah itu dengan harga AS$12.1 juta menggunakan duit kerajaan yang diamanahkan kepadanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad, memberitahu hakim, Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahril Mohd Salleh, yang pihaknya akan membuktikan bahawa tertuduh telah menyalahgunakan wang diamanahkan kepadanya.
Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20, sebatan dan denda. Dia dikenakan ikat jamin RM500,000.
Sumber: News Strait Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *