Bekas Presiden India, Pranab Mukherjee dilaporkan meninggal dunia selepas 21 hari disahkan positif COVID-19.
Menurut laporan agensi berita AP, mendiang dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan membuang darah beku pada otaknya.
Beliau kemudiannya mendapati turut dijangkiti virus berkenaan.
Kematian Mukherjee disahkan anaknya, Abhijit menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.
Mendiang berusia 84 tahun merupakan Presiden India dari tahun 2012 hingga 2017 ketika Parti Kongres berada di tahun-tahun akhir tampuk pemerintahannya di India.
Sebelum itu, mendiang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan, Pertahanan dan Hal Ehwal Luar dengan tiga Perdana Menteri berasingan.
Semasa hayatnya, mendiang dikenang sebagai perantara dalam membantu menyelesaikan perpecahan sebelum pembentukan kerajaan campuran.
Sumber: Awani