Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kumin KU2 atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail, 49 tahun baru sahaja menghembuskan nafas terakhir semalam akibat jatuh katil di kediamannya di Pandan Indah, Selangor.
Beliau merupakan salah seorang penyanyi yang pernah mengecap populariti bersama duo KU2 dengan allahyarham Husni Mohd Rawi (Bob Kuman). Mereka mengeluarkan empat album bersama iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku (1997) dan The Best of KU2 (2001).
Salam takziah kepada keluarga allahyarham. Al-fatihah
Sumber:Music Addict Malaysia