Oleh: Editorial Penggerak Daily
Belia merupakan penyumbang utama pembangunan negara. Namun, belia juga kumpulan yang paling terkesan dengan pademik COVID-19.
Kerajaan menyedari masalah ini. Bagi kerajaan, belia memerlukan sokongan dari segi pendidikan awam yang baik serta ekonomi yang dapat memberi mereka peluang untuk berdikari serta berjaya.
Dengan kesedaran ini, kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 November ini, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Seluruh rakyat Malaysia khususnya belia terbuka untuk berkongsi idea dan cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk Belanjawan 2021 dan boleh diemelkan terus kepada kementerian di bt2021@treasury.gov.my.
Ayuh belia, sama-sama jana semula ekonomi negara.
PenggerakDaily