JOHOR BAHRU: Dalam Belanjawan 2021 yang dimumkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz, kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori baharu.
“Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak 1,200 ringgit manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak 1,800 ringgit”,
“Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara 2,501 hingga 4,00 ringgit dan mempunyai seorang anak, bantuan BPR sebanyak 800 ringgit akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan 1,200 ringgit”,
Kerajaan turut memberi perhatian kepada individu bujang.
Bagi individu bujang berpendapatan 2,500 ringgit ke bawah pula, akan menerima bantuan 350 ringgit.
Dalam belanjawan kali ini, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan 6.5 bilion ringgit berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan 5 bilion ringgit sebelum ini di bawah BSH.
PenggerakDaily