Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah ganjaran bagi individu yang menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah, umum Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Atas keprihatinan kerajaan, peruntukan khas disediakan sebagai ganjaran kepada mana-mana yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan perlanggaran undang-undang.
“Contohnya isu pencemaran sungai yang semakin tidak terkawal sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan air di Lembah Klang,” katanya dalam sidang pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.
Dalam pada itu, agenda pembangunan negara berteraskan tadbir urus yang baik serta menjunjung prinsip integriti akan diteruskan.
“Kerajaan akan memastikan Pelan Antirasuah Nasional, NACP dan pengambilan 100 orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteruskan serta menerapkan pendidikan antirasuah di semua peringkat,” tambahnya lagi.
Sumber: RTM