SHAH ALAM – Ahli Parlimen diseru untuk mengenepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 dapat diluluskan di Dewan Rakyat Jumaat ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh sukar ini, kepentingan rakyat dan negara perlu diberi keutamaan.
“Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain.
“Satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk membolehkan Bajet 2021 diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas perkembangan semasa Covid-19 yang disiar secara langsung stesen televisyen tempatan sebentar tadi.
Sumber : Sinar Harian