Categories
Berita Budaya Business Ekonomi kemalangan Kesihatan pembangunan

BELANJAWAN 2021: SOKONG PERNIAGAAN, KUKUHKAN EKONOMI TANPA MENGIRA KAUM

JOHOR BAHRU: Belanjawan 2021 merupakan manifestasi komitmen serta keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, lapor satu kenyataan media berkenaan sokongan penuh Belanjawan 2021, hari ini.

“Sehubungan itu, semua pihak wajar mendokong Titah YDP Agong ahar utamakan rakyat dalam tempoh yang mencabar ini”, tambah kenyataan media tersebut yang mewakili presiden-presiden parti dalam Perikatan Nasional – Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU), Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Jeffrey Kitingan (Presiden STAR) dan Yong Teck Lee (Presiden SAPP).

“Belanjawan berjumlah RM322.5 bilion yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara merangkumi RM4.2 bilion untuk mengurangkan beban rakyat dan lebih RM4 bilion kpada barisan hadapan manakala RM3 bilion untuk menjana 500,000 pekerjaan”,

Tambah kenyataan itu lagi, Belanjawan 2021 juga merupakan kesinambungan empat pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi yang telah diumumkan kerajaan PN sebelum ini yang bernilai RM205 bilion keseluruhannya.

“Dalam hal ini, jelas bahawa kerajaan PN tidak pernah berkompromi dalam usaha melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi”.

PenggerakDaily

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *