Semalam, Belanjawan Johor 2021 telah dipersetujui dan diluluskan dalam hari terakhir Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor yang ke-14.
Menurut Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, memang menjadi visi dan misi serta agenda Kerajaan Negeri Johor, bahawa kepentingan rakyat menjadi keutamaan.
“Marilah kita melangkah sederap dan berusaha bersama-sama agar dapat mengembalikan semula kemakmuran negeri serta membawa pembangunan yang berpaksikan kesejahteraan rakyat Bangsa Johor”,
“Marilah kita mengenepikan segala perbezaan dalam memastikan kita berupaya menyumbang untuk meningkatkan tahap Johor menjadi negeri terbaik di negara ini, dan sekali gus berjaya mengekang gelombang pandemik COVID-19 yang berlaku pada hari ini”,
Hasni juga berkata, dengan berkat dua ‘tagline’ Kesultanan Johor Moden berasaskan Fasal 61 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor iaitu “Kepada Allah Berserah” dan “Muafakat itu Berkat”, Insya-Allah Negeri Johor akan berjaya mengharungi cabaran semasa dan mencapai kejayaan gemilang masa depan.
Penggerakdaily