Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ekonomi Bumiputera akan diberi lonjakan berganda menerusi pembentukan budaya keusahawanan di pelbagai peringkat untuk menjadikan mereka bangsa usahawan, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, tadi.
“Perkara ini akan dilaksanakan melalui Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera, selain pemupukan budaya keusahawanan secara bersepadu”,
Kerajaan telah memutuskan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menjadi agensi penyelaras utama pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.
“Teraju akan menjadi penyelaras tunggal bagi pangkalan data Bumiputera merentas kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
PenggerakDaily