Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Saya menilai dalam keadaan sekarang, Seri Paduka YDPA mempertimbangkan memprorog (beku/gantung) Parlimen yang diperuntukkan dalam Perkara 55 (2), Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) versi 2.0 sehingga Malaysia reda daripada ancaman tersebut”, kata Pensyarah Kanan & Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya, Dr. Mohammad Tawfiq Yaakub.
Menurut Dr. Tawfiq melalui hantaran facebooknya, ancaman yang dimaksudkan ialah kemudaratan kesihatan akibat COVID-19, ketidaktentuan ekonomi dan ketidakstabilan politik negara.
Tambah penganalisis politik muda ini lagi, “ahli-ahli MAGERAN 2.0 perlulah daripada mereka dalam perkhidmatan awam dan profesional”,
“Tempoh MAGERAN 2.0 tidak terlalu panjang, perlu sehingga ancaman berkaitan reda”.
Tambahnya lagi, dengan langkah ini, demokrasi yang utuh dapat dikembalikan selepas selesai berhadapan dengan ancaman tersebut.
PenggerakDaily