Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) maklum mengenai kelompongan dari segi undang-undang untuk kerajaan tempatan mengambil tindakan kepada pengilang yang melakukan pencemaran, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin.
“Sehubungan itu, KPKT akan mencadangkan agar satu usul pindaan ke atas Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang akan memberi kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas kilang yang didapati melakukan pencemaran”, tegasnya lagi dalam satu hantaran facebook, pagi tadi.
“Mengenai pencemaran alam, KASA yang memiliki kuasa untuk ambil tindakan, manakala KPKT adalah keluarkan lesen jika kilang ikut syarat dan membayar lesen, cukai serta sebagainya”,
“Diharapkan kerajaan Selangor ambil serius perkara ini memandangkan masalah air di negeri Selangor seperti satu pesta menyukarkan rakyat kerana isu ini memerlukan penyelesaian holistik bagi semua peringkat”.
PenggerakDaily