Categories
Berita Budaya Sejarah

BERITA BAIK, JALAN RAJA LAUT KEKAL, JALAN PALESTIN DI LOKASI LAIN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Susulan viral mengenai isu tukar nama jalan,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mencari lokasi lain untuk dinamakan sebagai Jalan Palestin bagi memastikan Jalan Raja Laut dikekalkan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya.

Beliau berkata, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan diminta mencari jalan lain lebih sesuai bagi tujuan berkenaan.

“Datuk Bandar akan cari jalan lain yang lebih sesuai utk dinamakan Jalan Palestine.

“Jalan Raja Laut 1 hendaklah dikekalkan seperti asal,” katanya.

Sebelum ini, beliau menuntut penjelasan DBKL mengeluarkan kenyataan memaklumkan Jalan Raja Laut 1 dikenali sebagai Jalan Palestin sebagai simbolik sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara Asia Barat itu.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *