“Rakyat menaruh harapan untuk kita berkhidmat sehabis baik sebagai kerajaan prihatin, bukannya berpolitik tanpa akhiran”, kata Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Pahang, Dato’ Saifuddin Abdullah.
“Tugas utama kita memastikan wujudnya kestabilan politik yang membolehkan kerajaan berfungsi dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik”,
Tambah Saifuddin yang juga merangkap Ketua Majlis Pimpinan Parti BERSATU Negeri Pahang, Seketriat BERSATU Pahang menumpukan tugas menyalurkan bantuan kepada bahagian yang terjejas dengan banjir.
“Saya akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri BERSATU Pahang secepat mungkin bagi meneruskan agenda parti merangka proses membangunkan negeri Pahang”, tambahnya lagi dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, Saifuddin juga menegaskan pendirian sebulat suara Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat malam tadi memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kita hendaklah bersatu dalam saf kepimpinan untuk sama-sama membantu Tan Sri Muhyiddin menangani pandemic COVID-19 dan mengemudi pemulihan ekonomi negara”.
PenggerakDaily