Oleh: Editorial Penggerak Daily
Masih segar lagi lakonan pelakon cilik yang memegang watak Din manakala legenda Sudirman sebagai Tookoo dalam filem KAMI.
Dengan lakonan menjadi walaupun hanya berusia 11 tahun, watak Din benar-benar menyentuh hati.
Zul Zamrin Zamanhuri, merupakan kanak-kanak cilik itu tadi. Dengan watak ‘Din’, dia memenangi anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-3.
Buat pengetahuan umum, Zul atau Din kini bekerja sebagai pakar IT (rujuk gambar: kemeja biru muda)
Ketika menceritakan pengalaman kecilnya yang membintangi filem pertama dan terakhirnya, sebenarnya dia tidak berminat dengan dunia lakonan apatah lagi ibunya mahukan dia berjaya dalam akademik, bukan lakonan.
“Bagaimanapun, peluang berlakon disamping Allahyarham merupakan peluang seumur hidup yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini,” ujarnya yang masih menyimpan keratan akhbar mengenai berita penglibatannya dalam filem KAMI.
Zul secara berseloroh mengatakan bahawa nama ‘Din’ dalam filem itu seperti sudah melekat dalam hidupnya. Malah anaknya juga memanggilnya Din apabila mereka menonton kembali filem tersebut.
“Filem itu hebat dan diingati bukan kerana saya, tetapi kerana nama Sudirman yang menerajuinya. Sampai sekarang saya masih ingat kebaikan Arwah dan tunjuk ajarnya ketika berlakon bersama,” tambah Zul menutup bicara.
Sumber: MyArtis
Foto: Kamal Yazid Abdullah (facebook)