Model yang ditawarkan dengan empat varian bermula pada harga RM79,200, manakala bagi varian Standard ia ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM79,200, manakala Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian tertinggi Flagship pula bermula RM103,300.
Keempat-empat varian didatangkan dengan enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.
Bagi tiga varian pertama, setiap model dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.
Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah untuk varian premium dan flagship serta advanced driver assistance system yang ditawarkan untuk varian flagship sahaja.
PenggerakDaily