Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Bersatu tidak hanya memperjuangkan orang Melayu dan bumiputera, tetapi turut memberi ruang kepada bukan Melayu untuk bersama bentuk sebuah negara bangsa,” kata Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr. Chong Fat Full mengenai penyertaannya dalam Bersatu pada 22 Ogos lepas.
Dr. Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis berkata keputusan menyertai Bersatu itu dilakukan kerana yakin dengan perjuangan parti itu dalam membantunya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat lebih berkesan.
Beliau menyertai Bersatu pada Kongres Negara: Bersatu untuk Malaysia yang melibatkan Penggerak Komuniti Negara (PKN) di MITEC pada 22 Ogos lalu.
Beliau sebelum ini merupakan ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan keluar parti itu pada 4 Mac lalu seterusnya menjadi ADUN Bebas yang bertindak menyokong Perikatan Nasional (PN) di Johor.
Pada kongres berkenaan juga, kumpulan G10 yang diketuai Azmin Ali telah mengumumkan keputusan menyertai Bersatu di hadapan Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
PenggerakDaily